Sunday, October 19, 2008

artikal yg menarik hatiku

aku tertarik dgn buletin yg di post oleh rizal hashim dlm fs ..motif artikel o bahan ni adlh utk tujuan dakwah sbnrnye tp disampaikn dgn sempoi skali yg mmbuatkn aku or maybe yg lain xbosan utk bc sampai hbs...
Hari Isnin lepas, aku pergi ke satu ceramah agama kat tempat kerja aku. Oleh sebab aku cuma datang sebab nak makan jamuan lepas ceramah tu je, maka cuma cerita tauladan ini yang aku ingat: Pada zaman RasuluLlah dulu, ada seorang pencuri yang dikejar orang ramai, dan dia bersembunyi ke dalam masjid. Semasa itu RasuluLlah S.A.W sedang memberi kuliah. Kata baginda. "Sesiapa yang inginkan sesuatu, tetapi menjauhinya kerana ia haram, maka Allah akan mengantikannya melalui cara yang halal". Lebih kurang mcm tu lah, aku kan datang nak makan je, tak berapa hafal sangat lah. Tapi ajaran yang satu ni melekat dlm ingatan pencuri ini. Malam tu, pencuri ni nak pergi mencuri lagi. Jadi dia pun target la satu rumah ni. Oleh kerana dia mmg kaki pecah rumah yang handal, senang je la dia masuk. Dia masuk lalu dapur. Nampak ada makanan. Dia pun tengah lapar giler ni, ye lah, dari siang tadi kena kejar orang. Bila dia nak jamah je makanan tu, dia teringat kata2 RasuluLlah tadi. Dia pun jadi serba salah dan tak jadi makan. Lepas tu dia geledah lagi, nampak ada byk harta benda dan barang berharga. Memang tugas seorang pencuri, itu lah dia cari-cari. Tapi sekali lagi, dia teringat kata Rasul. Terus cancel, tak jadi ambil. Terus dia round lagi dlm rumah tu. Masuk bilik pulak. Rupanya ada seorang perempuan kat situ. Perrghh, baek punya cun plak tuh. Hati bergelora beb. Tapi lagi sekali, dia teringat juga kata RasuluLlah tu.. Terus dia batalkan hasrat keji dia tu, dan pergi dari rumah tu. Dah penat nak merompak tapi tak jadi, malam tu dia lepak kat tepi masjid kat situ. Tidur la kat situ. Esoknya, perempuan yg rumahnya kena pecah masuk pergi mengadu dgn RasuluLlah. Dia bagitau lah, "Rumah saya ada orang masuk mlm tadi, tapi yg peliknya tak ada benda hilang. Jadi saya takut la, kang orang tu datang balik kang tak best la kan cenggitu." Rasul tanya, "Tak ada orang ke kat rumah awak?" Perempuan tu kata laki dia dah meninggal. Tak ada saudara pulak tu. Rasul tanya, "Kenapa tak kawin? Lagipun awak harta pun ada, rupa pun boleh tahan jugak lah" "Dah tu, takde sapa gentleman nak masuk meminang.", dia jawab. "Kalau saya carikan seorang laki utk awak, awak nak ke?" "Kalau RasuluLlah kata OK, saya set je. Canteek..." RasuluLlah nampak seorang lelaki tidur kat tepi masjid tu. Dia panggil, "Kenapa tidur sini?" "Saya ni hidup merempat, ya RasuluLlah. Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu. Dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu", siap pantun lagi tak tahan tuh. Sebenarnya, kalau para pembaca budiman tak perasan lagi, dia ni lah pencuri tadi. Tiba-tiba, Rasul tanya kat perempuan tu, "Nak ke kalau saya jadikan lelaki ni sebagai suami awak?" "Kalau OK kata RasuluLlah, OK jugak la kata saya", jawab perempuan tu, malu-malu kucing. Kat situ juga Rasul nikahkan diorang. Pastu dua orang pengantin baru ni pun balik la rumah. Sampai je rumah tu, tarkujatz la lelaki tu. Ini rumah yang dia nak rompak malam tadi! Dia pun cerita kat isteri dia tu semua perkara yg terjadi. Isteri dia pun redha. Semua perkara berlaku adalah ketetapan Allah. Apa yang lelaki tu nak malam tadi, semua dah dapat melalui jalan yg betul. Lalu, mereka pun hidup aman dan gumbira... Hurey... Lepas tu aku pun pergi la makan nasi beriyani best punya. Lauk ayam masak merah ada, lauk rendang daging ada, ikan pun ada, acar buah. Betik, tembikai. Ada dessert lagi. Air dia pun sedap wooo.. Banyak makanan. Siap tapau lagi pakcik2 ni daging2 tu semua. Ye lah, ceramah agama bukan ramai orang datang. AlhamduliLlah.. Kenyang giler babeh aaah.. Aku kan datang nak makan. p.s: Ayat2 diatas mungkin telah diubah serba sedikit utk disesuaikan dgn pertuturan masyarakat kontemporari...
how?ok x?

1 comments:

RiZaL HaShiM said...

wahhh...terharunye nama rizal ada kat blog wawa nih...
hehehe...alaa...post tu pun rizal copy paste dr member2 lain je...
ekeke(",)


Blogspot Template by Isnaini Dot Com